BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 25, 2010

ISL MINGGU 4

ISL MINGGU 4
SOALAN OBJEKTIF DAN SOALAN SUBJEKTIF
Soalan Objektif

Ada pelbagai jenis soalan objektif. Antaranya soalan berjawapan pendek, soalan melengkapkan
jawapan pendek, soalan tindak balas alternatif, soalan memadankan dan soalan aneka pilihan
(lihat Lampiran I). Walau bagaimanapun, yang sinonim dengan soalan objektif ialah soalan aneka
pilihan kerana apabila disebut "soalan objektif" kita selalu merujuk kepada soalan aneka pilihan.
Dalam makalah ini, soalan aneka pilihan ini yang akan diberi tumpuan dan istilah "objektif" akan
Digunakan.
Dalam soalan objektif, diberi satu "masalah" dan beberapa pilihan jawapan kepada masalah itu.
Pelajar dikehendaki memilih satu jawapan yang betul atau tepat. Masalah itu boleh dinyatakan
dalam bentuk soalan atau pernyataan (statement) yang tidak lengkap. Ini dipanggil "stem".
Aktiviti pelajar terbatas pada pemilihan jawapan yang betul atau tepat sekali daripada beberapa
pilihan yang diberi itu. Maknanya, pelajar tidak mempunyai ruang untuk memberi pendapat
sendiri dalam bentuk komunikasi interpersonal dengan pemeriksa. Jika mahu dikatakan juga
bahawa dalam menjawab soalan objektif pelajar turut memberi pendapat, itu hanya dalam bentuk
komunikasi intrapersonal sahaja, iaitu memberi pendapat dalam kerangka pilihan-pilihan yang
mudah ditentukan.

Prinsip-prinsip Asas Pembinaan Soalan Objektif

Sesetengah orang merasakan bahawa pembinaan soalan objektif adalah lebih mudah. Pendapat
ini tidak benar. Berbanding dengan soalan subjektif, pembinaan soalan objektif lebih rumit.Ada
beberapa prinsip asas yang perlu diambil kira dalam pembinaan soalan-soalan objektif:

1. Elakkan penggunaan perkataan yang membawa maksud negatif dalam soalan dan jaapan
(jika boleh) seperti salah, bukan, kecuali dan tidak. Tidak mahu boleh digantikan dengan
enggan dan tidak dapat boleh digantikan dengan gagal. (Lihat contoh 1, 2 dan 3).

2. Pernyataan, petikan dan maklumat seperti peta, rajah, jadual dan sebagainya hendaklah
mempunyai perkaitan langsung dengan soalan. Jika tidak ada perkaitan langsung, masukkan
pernyataan sebelum soalan ditanya. (Lihat contoh 6).

3. Elakkan penggunaan rangkai kata yang berulang dalam setiap pilihan jawapan (lihat contoh
5). Pengulangan satu perkataan dibolehkan (lihat contoh 6).

4. Dalam sesuatu soalan, pilihan jawapan hendaklah:
a. seragam (lihat contoh 8 dan bandingkan dengan contoh 7)
b. hampir sama panjang (lihat contoh 8)

5. Soalan seharusnya mengandungi preamble iaitu pernyataan awal atau pernyataan
pengenalan sebelum ditanya soalan.

6. Fokus utama soalan hendaklah ada kaitan dengan idea utama yang hendak ditanya dalam
soalan. Manakala setiap pilihan jawapan hendaklah ada kaitan (sama ada kaitan betul atau
kaitan salah) dengan idea yang hendak ditanya dalam soalan (lihat contoh 8 dan bandingkan
dengan contoh 7 serta lihat contoh 10 dan bandingkan dengan contoh 9).

7. Pernyataan dalam setiap soalan boleh terdiri daripada dua ayat (lihat contoh 9 dan 10).

8. Tatabahasa hendaklah konsisten dalam semua pilihan jawapan (lihat contoh 4). Tatabahasa
juga hendaklah mudah difahami dan tidak mengelirukan.
9. Pilihan jawapan tidak berupa ayat kompleks, terlalu panjang dan berbelit-belit.

10. Selain jawapan yang betul atau tepat, pilihan jawapan hendaklah ada distractors.

11. Elakkan daripada menanyakan soalan tentang konsep atau definisi (lihat contoh 11).

12. Elakkan penggunaan bahasa asing yang tidak lazim dan sukar difahami (lihat contoh 12).
Jenis-jenis Soalan Objektif

a. Soalan berjawapan pendek.
Contoh:
Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?

b. Soalan melengkapkan jawapan pendek.
Contoh:
Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah _____________.

c. Soalan tindak balas alternatif.
Contoh:
Melaka mencapai kegemilangan kerana mempunyai pemimpin yang cekap. B S
* B = Betul S = Salah
d. Soalan memadan
Padankan antara pernyataan dalam ruang A dan pernyataan dalam ruang B.
e. Soalan aneka pilihan
Lihat contoh dalam Lampiran 2

Lampiran 2

Contoh 1:
Pada tahun 1826, Perjanjian Burney ditandatangani antara British dan Siam.
Antara berikut yang manakah bukan kesan Perjanjian Burney 1826?

A Negeri Kedah kekal sebagai tanah jajahan Siam.
B Sultan Kedah dibenarkan menetap di Pulau Pinang.
C Kepentingan pedagang-pedagang British di Bangkok dilindungi.
D Siam tidak menepati syarat Perjanjian Burney.

Contoh 2:
Orang Iban mempunyai adat perkahwinan yang tersendiri.
Antara berikut yang manakah tidak benar tentang adat perkahwinan orang Iban?

A Berkenalan sebelum pihak perempuan membuat keputusan.
B Memasang api di pendiangan jika gadis tidak menyukai lelaki.
C Memotong dan mempersembahkan seekor ayam putih.
D Membelah sebiji pinang kepada tujuh ulas dan meletakkannya dalam talam.

Contoh 3:
Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1971 telah mengemukakan
beberapa syor.
Berikut ialah syor-syor kongres berkenaan kecuali

A pakaian Melayu dijadikan pakaian kebangsaan.
B penyelidikan perlu dibuat bagi mengkaji kebudayaan dengan lebih mendalam.
C sukatan pelajaran harus merangkumi hal ehwal Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak.
D pelajaran agama diwajibkan di semua jenis sekolah.

Contoh 4:
􀂃 Menyeru orang Melayu menerima pendidikan Barat
Seruan Gerakan X
􀂃 Menggesa orang Melayu membuang adat dan
kepercayaan yang menghalang kemajuan.
􀂃 Mengingatkan orang Melayu agar tidak menerima ajaranajaran
guru agama begitu sahaja.

Maklumat di atas merujuk kepada seruan sebuah gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada maklumat di atas?

A Menggunakan akal bagi mencari kebenaran dan kemajuan.
B Menekankan pelajaran agama Islam semata-mata.
C Membuang adat dan kepercayaan karut.
D Menolak ajaran ulama silam kerana dianggap kolot.

Contoh 5:
Sukan merupakan satu alat untuk memupuk perpaduan dan persefahaman kaum kerana ia
Dapat

A menjalin perasaan muhibah di kalangan rakyat.
B meninggikan taraf hidup belia.
C membentuk identiti kebangsaan.
D mengekalkan perasaan saling mempercayai antara kaum.

Contoh 6:
Jepun bersikap kejam terhadap kaum Cina berbanding dengan kaum lain pada peringkat
awal mereka memerintah Tanah Melayu.
Mengapakah Jepun bersikap demikian?

A Kerana khuatir akan gerakan bawah tanah orang Cina.
B Kerana negara Jepun masih berperang dengan negara China.
C Kerana kaum Cina yang menguasai ekonomi Tanah Melayu.
D Kerana kaum Cina menunjukkan taat setia kepada Inggeris.

Contoh 7:
Selepas datang ke Goa pada tahun 1503, Alfonso d' Albuquerque
pernah menulis bahwa sekalipun ada dunia dan jalan laut yang lain
tetapi semua orang akan tetap mengunjungi Melaka kerana di sana
terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan dan rempah. Pelabuhannya pula
terselamat daripada angin monsun berbanding dengan pelabuhanpelabuhan
lain.
- Joginder Singh (1975)
Apakah kesan penting kenyataan Alfonso d' Albuquerque itu ke atas Melaka?

A Melaka semakin maju dalam perdagangan.
B Armada Portugis mengunjungi Melaka.
C Melaka menjadi semakin lemah.
D Portugis telah menawan Melaka.

Contoh 8:
Apakah kesan penting kenyataan Alfonso d' Albuquerque itu ke atas Melaka?

A Melaka semakin maju dalam perdagangan.
B Melaka dikunjungi oleh armada Portugis.
C Melaka menjadi semakin lemah.
D Melaka ditawan oleh Portugis.

Contoh 9:
British telah menandatangani perjanjian sulit dengan Siam pada tahun 1903. Dalam
perjanjian itu, British enggan mengundang wakil kerajaan Kelantan.
Mengapakah British mengambil tindakan sedemikian?

A Siam telah memberi amaran kepada British.
B Kelantan dianggap berada di bawah kekuasaan Siam.
C British tidak mempunyai wakil untuk memaklumi Kelantan.
D Sikap Sultan Kelantan telah menyinggung British.

Contoh 10:
British telah menandatangani perjanjian sulit dengan Siam pada tahun 1903. Dalam
perjanjian itu, British enggan mengundang wakil kerajaan Kelantan.
Mengapakah British mengambil tindakan sedemikian?

A British mendapat amaran daripada Siam.
B British menganggap Kelantan di bawah kekuasaan Siam.
C British tidak mempunyai wakil untuk memaklumi Kelantan.
D British tersinggung dengan sikap Sultan Kelantan.

Contoh 11:
Pada akhir abad ke-19, bangsa-bangsa Eropah giat menjalankan dasar imperialisme?
Apakah maksud imperialisme?

Contoh 12:
Ekskavasi adalah salah satu kaedah mengumpul fakta dalam sejarah.
Yang manakah berikut berkaitan dengan ekskavasi?


SOALAN SUBJEKTIF
• Definisi : Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
• Terdapat dua jenis
1. Tindak balas terhad (struktur – jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)
2. Tindak balas lanjutan (esei)
Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.
Panduan Pembinaan Item Subjektif
• Membentuk JSU
• Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut :
1.Tugas / arahan soalan jelas
2.Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon.
3.Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain)
4.Mengubal bilangan soalan secara berpatutun.
5.Sediakan satu skema pemarkahan.
Kelebihan
• Mudah digubal
• Sesuai untuk semua mata pelajaran
• Sesuai untuk semua aras taksonomi
• Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
• Mengurangkan konsep meneka.
• Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
• Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
Kelemahan
• Bidang yg diuji terhad
• Soalan boleh diramal
• Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
• Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.


Rujukan:
http://pentaksiranbahasamelayu.blogspot.com/2009/07/pembinaan-ujian-soalan-objektif-dan.html
http://ujid.tripod.com/education/penilaian.pdf
http://eprints.uum.edu.my/1613/

0 comments: