ISL MINGGU 4
SOALAN OBJEKTIF DAN SOALAN SUBJEKTIF
Soalan Objektif
Ada pelbagai jenis soalan objektif. Antaranya soalan berjawapan pendek, soalan melengkapkan
jawapan pendek, soalan tindak balas alternatif, soalan memadankan dan soalan aneka pilihan
(lihat Lampiran I). Walau bagaimanapun, yang sinonim dengan soalan objektif ialah soalan aneka
pilihan kerana apabila disebut "soalan objektif" kita selalu merujuk kepada soalan aneka pilihan.
Dalam makalah ini, soalan aneka pilihan ini yang akan diberi tumpuan dan istilah "objektif" akan
Digunakan.
Dalam soalan objektif, diberi satu "masalah" dan beberapa pilihan jawapan kepada masalah itu.
Pelajar dikehendaki memilih satu jawapan yang betul atau tepat. Masalah itu boleh dinyatakan
dalam bentuk soalan atau pernyataan (statement) yang tidak lengkap. Ini dipanggil "stem".
Aktiviti pelajar terbatas pada pemilihan jawapan yang betul atau tepat sekali daripada beberapa
pilihan yang diberi itu. Maknanya, pelajar tidak mempunyai ruang untuk memberi pendapat
sendiri dalam bentuk komunikasi interpersonal dengan pemeriksa. Jika mahu dikatakan juga
bahawa dalam menjawab soalan objektif pelajar turut memberi pendapat, itu hanya dalam bentuk
komunikasi intrapersonal sahaja, iaitu memberi pendapat dalam kerangka pilihan-pilihan yang
mudah ditentukan.
Prinsip-prinsip Asas Pembinaan Soalan Objektif
Sesetengah orang merasakan bahawa pembinaan soalan objektif adalah lebih mudah. Pendapat
ini tidak benar. Berbanding dengan soalan subjektif, pembinaan soalan objektif lebih rumit.Ada
beberapa prinsip asas yang perlu diambil kira dalam pembinaan soalan-soalan objektif:
1. Elakkan penggunaan perkataan yang membawa maksud negatif dalam soalan dan jaapan
(jika boleh) seperti salah, bukan, kecuali dan tidak. Tidak mahu boleh digantikan dengan
enggan dan tidak dapat boleh digantikan dengan gagal. (Lihat contoh 1, 2 dan 3).
2. Pernyataan, petikan dan maklumat seperti peta, rajah, jadual dan sebagainya hendaklah
mempunyai perkaitan langsung dengan soalan. Jika tidak ada perkaitan langsung, masukkan
pernyataan sebelum soalan ditanya. (Lihat contoh 6).
3. Elakkan penggunaan rangkai kata yang berulang dalam setiap pilihan jawapan (lihat contoh
5). Pengulangan satu perkataan dibolehkan (lihat contoh 6).
4. Dalam sesuatu soalan, pilihan jawapan hendaklah:
a. seragam (lihat contoh 8 dan bandingkan dengan contoh 7)
b. hampir sama panjang (lihat contoh 8)
5. Soalan seharusnya mengandungi preamble iaitu pernyataan awal atau pernyataan
pengenalan sebelum ditanya soalan.
6. Fokus utama soalan hendaklah ada kaitan dengan idea utama yang hendak ditanya dalam
soalan. Manakala setiap pilihan jawapan hendaklah ada kaitan (sama ada kaitan betul atau
kaitan salah) dengan idea yang hendak ditanya dalam soalan (lihat contoh 8 dan bandingkan
dengan contoh 7 serta lihat contoh 10 dan bandingkan dengan contoh 9).
7. Pernyataan dalam setiap soalan boleh terdiri daripada dua ayat (lihat contoh 9 dan 10).
8. Tatabahasa hendaklah konsisten dalam semua pilihan jawapan (lihat contoh 4). Tatabahasa
juga hendaklah mudah difahami dan tidak mengelirukan.
9. Pilihan jawapan tidak berupa ayat kompleks, terlalu panjang dan berbelit-belit.
10. Selain jawapan yang betul atau tepat, pilihan jawapan hendaklah ada distractors.
11. Elakkan daripada menanyakan soalan tentang konsep atau definisi (lihat contoh 11).
12. Elakkan penggunaan bahasa asing yang tidak lazim dan sukar difahami (lihat contoh 12).
Jenis-jenis Soalan Objektif
a. Soalan berjawapan pendek.
Contoh:
Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?
b. Soalan melengkapkan jawapan pendek.
Contoh:
Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah _____________.
c. Soalan tindak balas alternatif.
Contoh:
Melaka mencapai kegemilangan kerana mempunyai pemimpin yang cekap. B S
* B = Betul S = Salah
d. Soalan memadan
Padankan antara pernyataan dalam ruang A dan pernyataan dalam ruang B.
e. Soalan aneka pilihan
Lihat contoh dalam Lampiran 2
Lampiran 2
Contoh 1:
Pada tahun 1826, Perjanjian Burney ditandatangani antara British dan Siam.
Antara berikut yang manakah bukan kesan Perjanjian Burney 1826?
A Negeri Kedah kekal sebagai tanah jajahan Siam.
B Sultan Kedah dibenarkan menetap di Pulau Pinang.
C Kepentingan pedagang-pedagang British di Bangkok dilindungi.
D Siam tidak menepati syarat Perjanjian Burney.
Contoh 2:
Orang Iban mempunyai adat perkahwinan yang tersendiri.
Antara berikut yang manakah tidak benar tentang adat perkahwinan orang Iban?
A Berkenalan sebelum pihak perempuan membuat keputusan.
B Memasang api di pendiangan jika gadis tidak menyukai lelaki.
C Memotong dan mempersembahkan seekor ayam putih.
D Membelah sebiji pinang kepada tujuh ulas dan meletakkannya dalam talam.
Contoh 3:
Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1971 telah mengemukakan
beberapa syor.
Berikut ialah syor-syor kongres berkenaan kecuali
A pakaian Melayu dijadikan pakaian kebangsaan.
B penyelidikan perlu dibuat bagi mengkaji kebudayaan dengan lebih mendalam.
C sukatan pelajaran harus merangkumi hal ehwal Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak.
D pelajaran agama diwajibkan di semua jenis sekolah.
Contoh 4:
Menyeru orang Melayu menerima pendidikan Barat
Seruan Gerakan X
Menggesa orang Melayu membuang adat dan
kepercayaan yang menghalang kemajuan.
Mengingatkan orang Melayu agar tidak menerima ajaranajaran
guru agama begitu sahaja.
Maklumat di atas merujuk kepada seruan sebuah gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada maklumat di atas?
A Menggunakan akal bagi mencari kebenaran dan kemajuan.
B Menekankan pelajaran agama Islam semata-mata.
C Membuang adat dan kepercayaan karut.
D Menolak ajaran ulama silam kerana dianggap kolot.
Contoh 5:
Sukan merupakan satu alat untuk memupuk perpaduan dan persefahaman kaum kerana ia
Dapat
A menjalin perasaan muhibah di kalangan rakyat.
B meninggikan taraf hidup belia.
C membentuk identiti kebangsaan.
D mengekalkan perasaan saling mempercayai antara kaum.
Contoh 6:
Jepun bersikap kejam terhadap kaum Cina berbanding dengan kaum lain pada peringkat
awal mereka memerintah Tanah Melayu.
Mengapakah Jepun bersikap demikian?
A Kerana khuatir akan gerakan bawah tanah orang Cina.
B Kerana negara Jepun masih berperang dengan negara China.
C Kerana kaum Cina yang menguasai ekonomi Tanah Melayu.
D Kerana kaum Cina menunjukkan taat setia kepada Inggeris.
Contoh 7:
Selepas datang ke Goa pada tahun 1503, Alfonso d' Albuquerque
pernah menulis bahwa sekalipun ada dunia dan jalan laut yang lain
tetapi semua orang akan tetap mengunjungi Melaka kerana di sana
terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan dan rempah. Pelabuhannya pula
terselamat daripada angin monsun berbanding dengan pelabuhanpelabuhan
lain.
- Joginder Singh (1975)
Apakah kesan penting kenyataan Alfonso d' Albuquerque itu ke atas Melaka?
A Melaka semakin maju dalam perdagangan.
B Armada Portugis mengunjungi Melaka.
C Melaka menjadi semakin lemah.
D Portugis telah menawan Melaka.
Contoh 8:
Apakah kesan penting kenyataan Alfonso d' Albuquerque itu ke atas Melaka?
A Melaka semakin maju dalam perdagangan.
B Melaka dikunjungi oleh armada Portugis.
C Melaka menjadi semakin lemah.
D Melaka ditawan oleh Portugis.
Contoh 9:
British telah menandatangani perjanjian sulit dengan Siam pada tahun 1903. Dalam
perjanjian itu, British enggan mengundang wakil kerajaan Kelantan.
Mengapakah British mengambil tindakan sedemikian?
A Siam telah memberi amaran kepada British.
B Kelantan dianggap berada di bawah kekuasaan Siam.
C British tidak mempunyai wakil untuk memaklumi Kelantan.
D Sikap Sultan Kelantan telah menyinggung British.
Contoh 10:
British telah menandatangani perjanjian sulit dengan Siam pada tahun 1903. Dalam
perjanjian itu, British enggan mengundang wakil kerajaan Kelantan.
Mengapakah British mengambil tindakan sedemikian?
A British mendapat amaran daripada Siam.
B British menganggap Kelantan di bawah kekuasaan Siam.
C British tidak mempunyai wakil untuk memaklumi Kelantan.
D British tersinggung dengan sikap Sultan Kelantan.
Contoh 11:
Pada akhir abad ke-19, bangsa-bangsa Eropah giat menjalankan dasar imperialisme?
Apakah maksud imperialisme?
Contoh 12:
Ekskavasi adalah salah satu kaedah mengumpul fakta dalam sejarah.
Yang manakah berikut berkaitan dengan ekskavasi?
SOALAN SUBJEKTIF
• Definisi : Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
• Terdapat dua jenis
1. Tindak balas terhad (struktur – jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)
2. Tindak balas lanjutan (esei)
Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.
Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.
Panduan Pembinaan Item Subjektif
• Membentuk JSU
• Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut :
1.Tugas / arahan soalan jelas
2.Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon.
3.Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain)
4.Mengubal bilangan soalan secara berpatutun.
5.Sediakan satu skema pemarkahan.
Kelebihan
• Mudah digubal
• Sesuai untuk semua mata pelajaran
• Sesuai untuk semua aras taksonomi
• Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
• Mengurangkan konsep meneka.
• Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
• Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
Kelemahan
• Bidang yg diuji terhad
• Soalan boleh diramal
• Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
• Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.
Rujukan:
http://pentaksiranbahasamelayu.blogspot.com/2009/07/pembinaan-ujian-soalan-objektif-dan.html
http://ujid.tripod.com/education/penilaian.pdf
http://eprints.uum.edu.my/1613/
Monday, January 25, 2010
ISL MINGGU 4
Posted by M!z Alecia at 1:43 AM 0 comments
Friday, January 15, 2010
ISL MINGGU 3
Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
• Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p
• Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan
• Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai
Jadual Penentuan Ujian (JPU)
• Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU)
• Satu blue print ujian / test specification
• Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran
• Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan
• Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian
• Membantu penggubal membina item soalan
Tujuan JPU
• Ujian tidak dibina secara sembarangan
• Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
• Panduan kepada penggubal soalan
• Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa
• Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang
Siapa yang membuat JPU
• Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran
• Guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Ciri-ciri Utama JPU
• Ada tajuk yang hendak diuji
• Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji
• Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji
• Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian
• Merangka secara nyata bidang yang akan diuji
Langkah-langkah Pembinaan JPU
• Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji
• Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran
• Bina carta dua hala
• Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran
• Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid
• Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektifkurikulum
DIMENSI DALAM JPU
• Kandungan ujian – berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi i – skop atau kedalamannya ii – bilangan item untuk setiap tajuk iii – wajaran
• Kemahiran – meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom)
• Jenis dan jumlah item – berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukran
• Wajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk.
• Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah
kesimpulan
• JPU perlu disediakan oleh guru bila ingin membuat satu-satu ujian untuk menentu kan sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayai
• Pembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diragui
• Setiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggung jawab memastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan
Rujukan:
http://74.125.155.132/search?q=cache:8mLaxtKg0oMJ:www.smkskudai.edu.my/download/Jadual%2520Penentuan%2520Ujian.ppt+jadual+penentuan+ujian&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my
Posted by M!z Alecia at 6:41 AM 0 comments
ISL MINGGU 2
TAKSONOMI DAN DOMAIN
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]
- Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
- Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
- Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu :-
Ø Domain Kognitif Ø Domain Afektif Ø Domain Psikomotor Ø Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar. Ø Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. Ø Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. DOMAIN KOGNITIF
Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran. Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori teori dan kefahaman. Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.
1.1 Taksonomi Bloom
- Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. - Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). - Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
TAHAP
ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.
Nyatakan, terangkan,
namakan, labelkan.
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Pilih, terangkan,
tulis semula.
Penggunaan
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.
selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Bezakan, pasti, pilih.
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik
Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
Jadual 2.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
1.2 Domain Krathwohl
Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex).
Diasaskan oleh, David R. Krathwohl - Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. - Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. - Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif. PENERIMAAN - Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. - Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. - Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu : (a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka. (b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik. (c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian GERAK BALAS - Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. - Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi. MENILAI - Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. - Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
ORGANISASI - Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. - Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. - Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
Artikel-artikel mengenai Domain Krathwohl
Receiving refers to the student's willingness to attend to particular phenomena of stimuli (classroom activities, textbook, music, etc.). Learning outcomes in this area range from the simple awareness that a thing exists to selective attention on the part of the learner. Receiving represents the lowest level of learning outcomes in the affective domain.
Responding refers to active participation on the part of the student. At this level he or she not only attends to a particular phenomenon but also reacts to it in some way. Learning outcomes in this area may emphasize acquiescence in responding (reads assigned material), willingness to respond (voluntarily reads beyond assignment), or satisfaction in responding (reads for pleasure or enjoyment). The higher levels of this category include those instructional objectives that are commonly classified under “interest”; that is, those that stressthe seeking out and enjoyment of particular activities. Valuing is concerned with the worth or value a student attaches to a particular object, phenomenon, or behavior. This ranges in degree from the simpler acceptance of a value (desires to improve group skills) to the more complex level of commitment (assumes responsibility for the effective functioning of the group). Valuing is based on the internalization of a set of specified values, but clues to these values are expressed in the student's overt behavior. Learning outcomes in this area are concerned with behavior that is consistent and stable enough to make the value clearly identifiable. Instructional objectives that are commonly classified under “attitudes” and “appreciation” would fall into this category. Organizationis concerned with bringing together different values, resolving conflicts between them, and beginning the building of an internally consistent value system. Thus the emphasis is on comparing, relating, and synthesizing values. Learning outcomes may be concerned with the conceptualization of a value (recognizes the responsibility of each individual for improving human relations) or with the organization of a value system (develops a vocational plan that satisfies his or her need for both economic security and social service). Instructional objectives relating to the development of a philosophy of life would fall into this category. Characterization by a value or value set. The individual has a value system that has controlled his or her behavior for a sufficiently long time for him or her to develop a characteristic “life-style.” Thus the behavior is pervasive, consistent, and predictable. Learning outcomes at this level cover a broad range of activities, but the major emphasis is on the fact that the behavior is typical or characteristic of the student. Instructional objectives that are concerned with the student's general patterns of adjustment (personal, social, emotional) would be appropriate here.
Rujukan:
en.wikipedia.org/wiki/Bloom's_Taxonomy
www.learningandteaching.info/learning/bloomtax.htm
chiron.valdosta.edu/whuitt/col/affsys/affdom.html
classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krathstax.htm
Posted by M!z Alecia at 4:28 AM 0 comments
Thursday, January 7, 2010
ISL MINGGU 1 (BMM3103)
Perkaitan antara pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran.
PENTAKSIRAN
· Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
I. Proses pentaksiran- langkah/ tindakan/ operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
II. Maklumat- bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
III. Penghakiman- proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
IV. Produk- pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar memperolehi setelah melalui proses pendidikan.
PENILAIAN
· Satu cara mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara.
· Proses membuat pertimbangan @ keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti @ harga (Stufflebeam et.al 1971)
· Proses ‘delinceating’- mencari dan membeli maklumat berguna dalam mempertimbangan alternative keputusan.
· Gay (1985)- penilaian- satu proses yang sistematik semasa engumpul dan menganalsis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan telah tercapai.
· Popham (1975)- penilaian yang sistematik- perlu mempunyai 1 tafsiran formal tentang nilai fenomena pendidikan.
· Kesimpulannya, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pembelaajran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Penilaian dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti diperolehi daripada pemerhatian @ temubual.
· Penilaian dibuat dengan menggunakan maklumat berbentuk kualitatif dan kuantitatif.
· Ia mempunyai 3 proses utama iaitu menentukan ukuran, menganalsis ukuran dan menyatakan nilai/ interpretasi ukuran.
· Prosedur penilaian melibatkan persediaan ujian, pentadbiran ujian, pemeriksaan jawapan ujian, analisis ukuran dan interpretasi dan tindakan susulan.
PENGUKURAN
· Pengukuran membawa aksud yang lebih luas berbanding penilaian.
· Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numeric tentang sebanyak mana individu mempunyai sesuatu cirri yang diukur dengan menggunakan alternative tertentu.
· Proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.
· Boleh dilakukan tanpa menggunakan pengujian.
· Pengukuran tidak bersifat mutlak.
· Terhad kepada huraian kuantitatif. Bertujuan buat perbandingan kedudukan antara sesame pelajar dalam penguasaan pembelajaran.
PENGUJIAN
· Satu teknik untuk mendapatkan maklumat dengan prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku.
· Ia untuk menentukan pencapaian pelajar.
· Pelaksanaannya melalui pemerhatian secara lisan dan bertulis.
· Pengujian dijalankan selepas satu atau lebih tajuk selesai diajar.
KESIMPULAN:
Kesemua alat-alat pengujian, penilaian, pengukuran dan pentaksiran ini amat penting dan keberkesanannya bergantung kepada bagaimana cara seseorang guru itu menggunakannya.
RUJUKAN:
http://pentaksiranbahasamelayu.blogspot.com/2009/09/kaedah-penilaian-bahasa.html
http://nurulsimaothman-bmm.blogspot.com/2009/05/tajuk-15-penilaian-pengalaman.html
Posted by M!z Alecia at 9:35 AM 0 comments
